Total Pageviews

Friday, 6 September 2019

Kisah Juvana 2

Sambungan episod sebelumnya

Hampir dua bulan aku berada di dalam penjara bagi menanti waktu perbicaraan ada beberapa budak bawah umur juga dimasukkan ke dalam sel dan akan dibicarakan pada tarikh yang sama dengan aku.

Kenangan yang aku tidak dapat lupakan apabila ada seorang pengawal penjara(lelaki) mengambil kesempatan terhadap aku dengan mengarahkan aku membuka seluar dan melancap di hadapan nya.  ketika itu aku masih berumur 14tahun dan bersendirian di dalam sel yang diasingkan dari yang lain, dengan perasaan takut aku turutkan sahaja arahan pegawai penjara tersebut. Pegawai penjara tersebut tidak memasuki sel dan cuma melihat dari depan pagar sel. Banyak lagi kejadian yang mungkin berlaku di dalam penjara namun hanya tahanan dan pengawal penjara sahaja tahu kisah semuanya.

Hari dinantikan tiba, perbicaraan kes aku serta tiga budak yang lain telah tiba. Kami disabitkan kesalahan dan mahkamah memutuskan kami berempat dijatuhkan hukuman selama tiga tahun di sekolah juvana dan akan dibebaskan lebih awal sekiranya berkelakuan baik dalam tempoh tersebut. Kebesokan harinya kami berempat pun dihantar oleh pegawai polis dan menaiki kapal terbang untuk dihantar ke kuching dari limbang dengan tangan yang digari dan dipakai kan baju biasa berlengan panjang bagi menyembunyikan gari dari pandangan orang lain.

Setibanya di lapangan terbang Kuching, kami berempat pun dibawa menaiki van dan terus menuju ke sekolah juvana. Setibanya di sana kami dimasukkan ke bilik asingan selama seminggu terlebih dahulu. Kami di bagi kaunseling untuk persedian sebelum dihantar masuk ke dalam asrama dan berjumpa budak budak juvana yang lain.

Seminggu berlalu kami berempat pun dikeluarkan dari bilik asingan. kami diberikan set pakaian, tilam, selimut dan barang keperluan lain di mana ketika itu ada lah waktu perhimpunan jam 5 petang. Kami berdiri di depan seramai 150 orang budak juvana yang berbaris mengikut blok asrama masing masing. Pegawai memperkenalkan kami kepada semua dan ketua asrama diminta untuk membawa kami ke asrama yang telah pun ditentukan oleh pihak sekolah. Aku dimasukkan ke asrama blok D.

Sambungan episod di Kisah Juvana 3

Gambar Hiasan semata mata





No comments:

Post a Comment