Total Pageviews

Thursday, 12 September 2019

Kisah Juvana 5

Sambungan episod lepas.

Selepas kejadian malam tersebut, Jackson cuba menunjukkan yang dia ambil berat tentang aku. Tapi aku masih lagi tidak dapat menerima keadaan itu dan cuba mengelak daripada bertembung dengan nya. Namun tidak dapat nak elakkan daripada bertemu dengan Jackson kerana dia adalah ketua asrama aku.

Jackson sekumpulan dengan Stephen, taiko sekolah juvana. Aku pula adalah anak buah dalam kumpulan mereka. Ke mana pun pergi, ada sahaja budak lain yang akan mengekori untuk memastikan tiada budak lain membuli dan mengacau aku. Stephen serta kawan nya yang lain mendapat tahu bahawa Jackson meminati aku dan mereka pun mula mengacau aku dan juga jackson. Aku anggap semua itu hanyalah gurauan sahaja.

Ramai juga budak di dalam sekolah juvana yang bercinta dan suka sesama sendiri tanpa pengetahuan pegawai sekolah. Hanya kami mengetahui corak kehidupan yang di lalui. Aku saksikan banyak antara kawan yang lain juga ada teman lelaki dan mereka sangat gembira. Mungkin kerana mereka memahami kehendak antara satu sama lain. Aku masih dengan sikap bersendirian dan hanya berjalan dan bercerita dengan kawan yang aku kenal sahaja.

Tidak dinafikan ramai budak lelaki dari asrama lain meminati dan cuba mendekati aku dan bermacam kejadian intim depan mata yang aku lihat seperti mereka bercium, tidur bersama atau melakukan hubungan seks, namun aku belum pergi ke arah itu lagi. Bermacam surat cinta yang mereka tulis dan bagi, ada yang aku baca dan ada yang aku buang.

Aku mula terbiasa dengan keadaan yang aku lihat dan alami. Sedikit sebanyak membuat hati aku berubah sedikit demi sedikit. Aku tertanya apa rasanya disayangi oleh kawan lelaki, macam mana rasanya bercium. Keadaan sekeliling membuat hati aku rasa ingin mencuba namun perasaan takut masih menyelubungi kerana belum pernah lagi aku alami.

Setelah hampir 3 bulan aku berada di asrama sekolah juvana, ramai yang cuba mendampingi dan menjadikan aku teman lelaki mereka. Ada seorang budak bernama Robert daripada asrama blok lain cuba mendekati aku. Dia menyuruh anak buah(se asrama) nya memberikan aku sepucuk surat yang tertulis dia ingin mengenali aku.  Dia adalah ketua asrama bagi blok B, bangsa iban, berbadan tegap, putih dan tinggi, mempunyai tattoo helang pada bahagian dada, umur 2 tahun tua dari aku. 

Aku memang ada lihat Robert namun tiada pula memendam perasaan terhadapnya. Setiap kali dia main sepak takraw dan main bola adalah aku perhatikan dia tapi hanya sekadar begitu saja. Aku tergerak hati untuk mengenalinya dengan lebih lanjut. Tanpa pengetahuan Jackson dan Stephen aku bertemu dengan Robert di belakang blok asrama dia selepas makan malam jam 8.

Sambungan episod di Kisah Juvana 6 😄



No comments:

Post a Comment