Sambungan episod lepas
Seminggu berada di dalam asrama semuanya berjalan dengan baik. Namun sesuatu terjadi, pada satu malam ketika aku lena tidur. Ada seseorang pergi ke katil aku dan terus sahaja tidur di sebelah. Aku pun berpaling dan perasan orang itu ialah jackson ketua asrama. Aku biarkan sahaja dia baring dan tidur di sebelah kerana di sekolah juvana ini kami sudah terbiasa bercerita, bergaduh, tidur berhimpit bersama.
Aku tersedar dari tidur apabila ku rasa jackson memeluk aku. ku cuba alihkan tangan dia namun jackson terus memeluk aku erat. Dalam kesamaran lampu asrama ketika itu tiada seorang pun yang masih terbangun. Jackson berbisik ke telinga, yang dia ingin jadikan aku sebagai kekasih nya. Aku rasa sangat janggal ketika itu kerana mengalami pengalaman seperti ini buat pertama kalinya. Aku alihkan tangan jackson daripada badan aku dan pergi ke tandas untuk mengelak daripada kejanggalan itu.
10 minit kemudian aku keluar dari tandas, kembali semula ke katil dan aku lihat jackson sudah kembali ke katil nya sendiri. Mungkin dia tahu aku terkejut dengan apa yang baru saja dia cakap tadi. Jackson adalah ketua asrama dan berkawan baik dengan Stephen taiko sekolah juvana pada ketika itu. Jackson seorang yang tinggi, berkulit putih, aktif bersukan, orang nya memang hensem dan mungkin banyak perempuan akan mudah jatuh cinta kalau lihat senyumannya. 2 tahun lebih tua dari umur aku.
Kebesokan pagi nya aku bangun dan seperti biasa mengikuti perhimpunan setiap jam mengikut protokol sekolah juvana. Aku buat tak tahu saja bila terjumpa dan terserempak dengan Jackson. dia pun begitu. Aku telah rapat dengan beberapa orang budak dan menjadi kawan. kami sentiasa bersama dan sering meluangkan masa dengan membuat kerja ikut bidang masing masing.
Di sekolah juvana ini semua nya budak lelaki dan tiada seorang pun perempuan. Untuk pengetahuan kebanyakan budak di dalam adalah seorang yang sangat lasak dan mempunyai perangai yang agresif seperti suka melawan, bergaduh dan sebagainya. Di sebalik semua perangai itu ada satu lagi sifat mereka yang tidak nampak pada pandangan mata orang iaitu mereka bercinta sesama sendiri dan hanya mereka sahaja yang mengetahui nya. Setiap budak senior, mereka ada kekasih sendiri dan orang lain tidak boleh mengacau kekasih mereka. Taiko sekolah juvana ketika itu Stephen juga ada kekasih hati sendiri dan aku masih ingat namanya ialah Saiful. Mereka semua ini tidak berperwatakan lembut malah semua nya jenis kasar.
Selepas kejadian malam tersebut, Jackson cuba menunjukkan yang dia ambil berat tentang aku. Tapi aku masih lagi tidak dapat menerima keadaan itu dan cuba mengelak daripada bertembung dengan nya.
Sambungan episod di Kisah Juvana 5 😊
Ini kisah seorang anak muda yang dimasukkan ke sekolah Juvana (Boys Home) pada sekitar tahun 2000. Menceritakan bagaimana kehidupan di sekolah tersebut, juga pengalaman yang dilaluinya. Apakah kesalahan yang dia lakukan sehingga dimasukkan ke sekolah tersebut? Apakah sekolah tersebut merubah sesuatu pada dirinya? adakah masa depan setelah ia dibebaskan? Teruskan mengikuti perkembangan cerita ini dengan klik 'Follow' pada pautan blogger atau anda boleh lah klik 'Share' di facebook.
Total Pageviews
Wednesday, 11 September 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Sambungan episod lepas. Selepas kejadian malam tersebut, Jackson cuba menunjukkan yang dia ambil berat tentang aku. Tapi aku masih lagi ti...
-
Kisah aku bermula pada tahun 2000. Untuk pengetahuan pembaca yang aku hormati kebanyakan budak yang masuk ke sekolah juvana adalah pada peri...
-
Sambungan episod lepas Seminggu berada di dalam asrama semuanya berjalan dengan baik. Namun sesuatu terjadi, pada satu malam ketika aku le...
-
Sambungan episod lepas. Ketua blok bernama jackson membawa dan memberitahu di mana katil aku di dalam asrama tersebut. Di dalam setiap blo...
-
Sambungan episod sebelumnya Hampir dua bulan aku berada di dalam penjara bagi menanti waktu perbicaraan ada beberapa budak bawah umur juga...
No comments:
Post a Comment