Total Pageviews

Monday, 2 September 2019

Kisah Juvana 1

Kisah aku bermula pada tahun 2000. Untuk pengetahuan pembaca yang aku hormati kebanyakan budak yang masuk ke sekolah juvana adalah pada peringkat umur 12tahun ke 18tahun. Ditahan selama 3 tahun dan akan dibebaskan lebih awal sekiranya berkelakuan baik dalam masa tempoh tersebut. Penjaga atau pun ibu bapa juga memainkan peranan bagi menandatangani surat perlepasan kepada anak mereka sendiri.

Ketika tahun itu, seramai hampir 200 budak lelaki dari serata negeri sarawak dan sabah yang ada dalam sekolah juvana tersebut. Selama berada di situ aku dapati kebanyakan budak di situ hanyalah kes biasa. Mereka bukan nya pembunuh mahupun perogol. Bagi budak bawah umur yang melakukan kes bunuh dan rogol mereka akan dihantar ke sekolah Hendry Gurney. anda boleh lah buat pencarian di google di manakah sekolah Hendry Gurney.

Aku pula dimasukkan ke dalam sekolah juvana kerana disebabkan mengikut kawan yang perangai tak berapa nak betul dan akhirnya ditangkap pihak polis. Jiwa muda dan ketika itu aku masih berumur 15 tahun memang mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Kurang kasih sayang dan tidak dijaga oleh keluarga juga penyebab aku menjadi sedikit liar dan nakal di ketika itu.

Dua bulan sebelum dihantar ke sekolah juvana aku ditempatkan ke dalam lokap penjara bagi menunggu waktu perbicaraan. Sebagai seorang budak memang aku berasa sangat takut. Kali pertama aku menjejakkan kaki ke dalam sel lokap penjara bermacam benda bermain di fikiran namun tiada apa yang dapat dilakukan. Aku mengikuti sahaja setiap arahan pihak penjara. Aku di suruh menggunakan pakaian penjara dan dibawa masuk terus ke lokap berasingan daripada yang berumur 18tahun ke atas, yang telah pun dijatuhkan hukuman penjara oleh pihak mahkamah. untuk pengetahuan semua pembaca bahawa penghuni penjara lelaki dan wanita memang diasingkan jauh.

Penghuni penjara berteriak dan membuat bermacam bunyi sewaktu aku dihantar masuk ke dalam sel membuatkan aku semakin takut. Nasib aku baik kerana dimasukkan ke dalam sel sendiri. Pegawai penjara mengingatkan supaya aku berhati hati kerana (penghuni di dalam sel lain) mungkin akan mengambil kesempatan terhadap aku sekiranya tidak berjaga jaga. Bila tiba waktu mandi aku kena mandi di bilik sel sebelah yang aku rasa dalam itu ada lebih kurang 20 ke 30 orang penghuni yang sudah pun dijatuhkan hukuman oleh mahkamah, sel aku pula tidak mempunyai tandas. Tidak berpintu dan hanya berdinding setengah., sesiapa yang mandi memang orang boleh nampak. Masih aku ingat sampai hari ini setiap kali mandi beberapa orang penghuni sel datang dekat dan melihat aku mandi. Aku takut namun mereka tidak berani nak mengacau kerana warden penjara berada di depan pintu sel. Mereka semua seperti perogol bersiri bagi aku. 😄

Sambungan episod di Kisah Juvana 2




No comments:

Post a Comment