Total Pageviews

Friday, 6 September 2019

Kisah Juvana 3

Sambungan episod lepas.

Ketua blok bernama jackson membawa dan memberitahu di mana katil aku di dalam asrama tersebut. Di dalam setiap blok mempunyai lebih kurang 25 ke 30 budak pada ketika itu. Ketua blok adalah yang senior dan diberi kepercayaan oleh pihak sekolah untuk menjaga setiap budak di dalam asrama masing masing. Umur mereka pula dalam 17 dan 18 tahun.

Untuk pengetahuan di sekolah juvana Ini memang ada ketua gangster yang dipanggil sebagai taiko dan ditakuti oleh budak yang lain. Ketua gangster pada ketika itu berada di blok asrama sama yang aku diami. Nama dia ialah Stephen, asal iban, 2 tahun tua daripada umur aku dan mempunyai badan yang tegap dan tinggi. Di sekolah juvana ini juga mempunyai kelompok kumpulan tersendiri mengikut ketua blok mereka masing masing di mana tiada sesiapa dapat membuli orang kumpulan tersebut.

Aku pula berada dalam kumpulan Stephen dan dijaga baik oleh kumpulan taiko ini. Namun aku ada perangai yang orang susah nak dekati kerana tidak mudah nak bercakap dan bertegur dengan budak lain. Aku lebih selesa membawa diri sendiri namun tiada yang berani membuli. Stephen mengarahkan budak lain untuk mencuci pakaian, mengambil dan menyediakan makanan untuk aku namun tidak aku benarkan malah aku buat semuanya sendiri.

Katil aku pula berada di hujung asrama berdekatan dengan jackson ketua asrama, stephen dan kumpulan nya yang lain. Setiap kali mereka bercerita, main gitar dan berseloroh aku hanya duduk di tepi dan lihat gelagat mereka.

Setiap blok asrama bersambung dengan tandas. Blok asrama akan dikunci pada 10malam dan akan dibuka semula pada jam 5pagi, setiap blok mempunyai tandas sendiri yang berada di hujung bagi kegunaan setiap blok masing masing.

Suatu malam aku bangun untuk membuang air kecil, semasa memasuki tandas tersebut aku ternampak beberapa budak lelaki di dalam tandas tersebut bercumbuan sesama sendiri. Aku biarkan saja dan kembali ke katil selepas membuang air kecil. Terasa janggal dengan apa yang aku saksikan depan mata tetapi aku senyapkan sahaja. untuk pengetahuan kebanyakan tandas di sekolah juvana tidak mempunyai pintu kerana rosak. maklum lah semua budak nakal.

Sambungan episod di Kisah Juvana 4 ðŸ˜‰


gambar hanya hiasan






No comments:

Post a Comment