Sambungan episod lepas.
Selepas makan malam jam 8 pada hari tersebut, aku bertemu buat pertama kalinya dengan robert di belakang blok asrama B, di mana Robert ialah ketua asrama tersebut. Aku tidak memberitahu kepada Jackson dan Stephen kerana pasti akan berlaku pergaduhan terhadap sesiapa yang cuba mendekati aku terutamanya daripada blok asrama lain.
Semua kawan robert ada berada di situ bagi memerhatikan tiada antara orang Jackson yang mengekori aku. Lebih kurang 30 minit kami berdua bercerita sambil melihat pemandangan malam yang di penuhi dengan bintang.
Loceng pun berbunyi menandakan perhimpunan jam 10malam. Selesai perhimpunan, seperti biasa semua budak kena masuk ke asrama dan warden akan mengunci semua pintu mengikut polisi sekolah juvana. Di bawah ini aku senaraikan masa loceng sekolah akan berbunyi bagi perhimpunan. Ini lah rutin harian budak di sekolah juvana.
5 pagi - perhimpunan (yang beragama islam pergi surau, lain pula boleh bersurai)
7 pagi - perhimpunan (sarapan pagi)
8 pagi - perhimpunan (kawad dan nyanyi lagu kebangsaan dan masuk bidang latihan masing2)
10 pagi - perhimpunan (minum pagi dan masuk ke bidang latihan masing2 semula)
12 tgh hari - perhimpunan (makan tengah hari dan berehat)
2 petang - perhimpunan (masuk bidang latihan masing2 semula)
4 petang - perhimpunan (masa bidang latihan tamat, minum petang dan boleh pergi bersukan)
6 petang - perhimpunan (masa bersukan habis dan semua kena mandi bersihkan diri)
7 petang - perhimpunan (yang agama islam sembahyang dan waktu makan malam untuk semua)
8 malam - perhimpunan (agama islam pergi sembahyang, lain boleh berehat tengok tv di dewan)
10 malam - perhimpunan (waktu tidur, semua masuk asrama dan dikunci)
Selepas pertemuan dengan robert tempoh hari aku menjadi sangat rapat dengan nya. kami sering berjumpa bila ada masa yang terluang. Dia seorang yang sangat mengambil berat dan tidak sekali pun mengambil kesempatan terhadap aku. Aku semakin kurang bergaul dengan kumpulan Jackson dan Stephen. Mereka mengugut supaya jangan berjumpa dengan robert lagi namun aku tidak endahkan malah terus berjumpa Robert serta bergaul dengan kumpulan nya.
Jackson dan Stephen memutuskan supaya aku tidak lagi dalam jagaan mereka dan aku kena cari katil dan almari lain yang jauh dari kumpulan mereka. Namun Robert ada mengarahkan kawan nya yang sama blok asrama dengan aku untuk sediakan katil dan almari untuk aku.
Aku menganggap robert seperti abang kerana dia seorang yang mengambil berat akan aku. Dia seorang yang bersih, kemas, mengikut masa dan penyayang. Bila dia memeluk aku biarkan sahaja kerana aku rasa ianya antara abang dan adik. Dia banyak memberi tunjuk ajar dari segi kehidupan. Pada satu hari dia meluahkan perasaan dan mencium aku. Aku tak tahu kenapa aku tak mengelak.
Sambungan episod di Kisah Juvana 7 😙
Ini kisah seorang anak muda yang dimasukkan ke sekolah Juvana (Boys Home) pada sekitar tahun 2000. Menceritakan bagaimana kehidupan di sekolah tersebut, juga pengalaman yang dilaluinya. Apakah kesalahan yang dia lakukan sehingga dimasukkan ke sekolah tersebut? Apakah sekolah tersebut merubah sesuatu pada dirinya? adakah masa depan setelah ia dibebaskan? Teruskan mengikuti perkembangan cerita ini dengan klik 'Follow' pada pautan blogger atau anda boleh lah klik 'Share' di facebook.
Total Pageviews
Thursday, 12 September 2019
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Sambungan episod lepas. Selepas kejadian malam tersebut, Jackson cuba menunjukkan yang dia ambil berat tentang aku. Tapi aku masih lagi ti...
-
Kisah aku bermula pada tahun 2000. Untuk pengetahuan pembaca yang aku hormati kebanyakan budak yang masuk ke sekolah juvana adalah pada peri...
-
Sambungan episod lepas Seminggu berada di dalam asrama semuanya berjalan dengan baik. Namun sesuatu terjadi, pada satu malam ketika aku le...
-
Sambungan episod lepas. Ketua blok bernama jackson membawa dan memberitahu di mana katil aku di dalam asrama tersebut. Di dalam setiap blo...
-
Sambungan episod sebelumnya Hampir dua bulan aku berada di dalam penjara bagi menanti waktu perbicaraan ada beberapa budak bawah umur juga...
No comments:
Post a Comment