Total Pageviews

Saturday, 28 September 2019

Kisah Juvana 8

Sambungan episod lepas.

Budak senior tadi dihantar ke hospital secepat mungkin kerana mengalami luka parah akibat dipukul oleh robert. Aku cuba tenangkan robert dan berharap tiada apa tindakan oleh pihak sekolah. Aku dan robert mengikuti rutin harian seperti biasa seperti yang lain. Masuk ke bidang latihan masing masing dan berjumpa pada waktu lapang. Robert masih dalam keadaan yang gusar dan marah sebab dari riak muka dan percakapannya aku dapat rasakan yang dia masih marah dengan budak senior yang meniduri aku malam tadi.

Aku mendapat khabar berita bahawa budak yang dipukul robert tadi mengalami retak tulang kaki, lebam mata, badan dan perlu di tahan dalam hospital selama beberapa hari untuk pemantauan.

Pada hari tersebut, lebih kurang jam 12 tengah malam aku digerakkan daripada tidur oleh warden sekolah dan di minta untuk mengikut mereka ke bilik siasatan. Dalam hati aku memang sudah dapat rasakan apa masalah yang mereka cuba nak soalkan nanti. Setiba di bilik siasatan aku nampak robert juga ada berada di sana termasuk lah timbalan pengetua sekolah.

Aku dan robert disuruh membuka baju dan hanya mengenakan seluar pendek. Timbalan Pengetua bertanya kepada robert kenapa dia memukul budak senior tadi sehingga luka parah. Namun robert tidak menjawap. Timbalan Pengetua menyoal adakah aku yang menyuruh robert untuk memukul budak senior itu. Aku menjawap 'tidak'. Warden pula menyoal robert adakah aku yang menyebabkan dia memukul teruk budak senior tersebut. Robert menjawap 'ya'.

Timbalan Pengetua menyoal robert lagi, adakah jika aku menyuruh lompat bangunan dia akan ikut sahaja. Robert menjawap. 'kalau dia tak makan, aku juga tak akan makan', 'kalau dia dalam kesusahan, aku akan pastikan dia selamat'. Timbalan Pengetua dan warden terdiam ketika mendengar apa yang robert katakan.

Hati aku tersentuh dengan apa yang robert katakan. dia begitu berani bercakap begitu di depan Timbalan Pengetua dan juga warden sekolah. Selesai siasatan di malam buta itu kami dua dimasukkan ke bilik kurungan dan diasingkan antara satu sama lain. Walau pun bukan aku yang menyuruh robert untuk memukul budak tadi namun alasan pihak sekolah untuk masukkan aku dalam bilik kurungan adalah kerana aku punca robert melakukan benda tersebut.

Di sekolah juvana ini ada bilik kurungan dan terasing bagi budak yang ditangkap melakukan kesalahan seperti bergaduh dan melanggar peraturan sekolah. Sesiapa yang masuk ke dalam hanya di bagi memakai seluar pendek, tidak di bagi baju, bantal, selimut untuk tidur malam. Bilik ini juga tidak mempunyai tingkap, ianya terbuka dan hanya bergerigi seperti sel lokap. Setiap kali waktu malam bilik ini akan menjadi sejuk dan sesiapa sahaja di dalam akan menggigil kesejukan. Makanan cuma dibagi dua kali sehari iaitu pada 12 tengah hari dan jam 6.30 petang, tiada sarapan pagi dan tiada minum petang. Setiap makanan adalah separuh sahaja berbanding makanan ketika duduk di asrama. Walau pun aku rasa tidak melakukan apa kesalahan namun aku biarkan saja diri aku di tahan dalam bilik kurungan dan diasing selama hampir 6 bulan. Manakala robert pula cuma ditahan selama 2 bulan.

Hari demi hari aku lalui di bilik kurungan, terkunci dan terasing. Aku hanya mampu lihat ke luar dan nampak semak samun di kawasan tersebut. Badan aku menjadi sangat kurus namun tiada keajaiban yang boleh berlaku, tiada siapa yang dapat menolong keluarkan aku dari bilik tersebut. Ada ketika robert dan kawan nya menyeludup ke belakang pagar bilik asingan dan melontarkan roti kepada aku. Perasaan nya tidak pernah berubah sama sekali membuatkan aku terus tabahkan diri.

Sambungan episod di Kisah Juvana 9




No comments:

Post a Comment