Hampir enam bulan dan kebesokan hari tamat nya tempoh aku di letakkan dalam bilik kurungan. Berat badan aku susut teruk dan kulit pun menjadi putih pucat selama berada di dalam situ. Namun aku rasa gembira bila memikirkan yang aku akan naik ke asrama semula, membuat rutin latihan dan boleh menikmati hidangan yang sedap seperti biasa.
Untuk pengetahuan sesiapa yang akan dikeluarkan dari bilik kurungan ini akan di sebat pada bahagian punggung beberapa kali menggunakan rotan mengikut kesalahan yang dilakukan. Seorang pegawai dan warden akan berada di situ bagi melakukan hukuman tersebut dan memastikan tiada kecederaan parah berlaku setelah di rotan.
Tiba lah hari aku dikeluarkan ke asrama. Selepas di beri kaunseling oleh pegawai, warden meminta aku untuk memilih jenis rotan bagi hukuman tersebut. Aku memilih rotan jenis besar kerana walaupun ianya sakit namun tidak berasa terlalu pedih. Aku disebat sebanyak enam kali mengikut protokol penjara supaya tidak mengalami cedera dalaman. Selesai sebatan, punggung aku berdarah dan diberikan rawatan namun aku masih boleh berjalan seperti biasa. Akhirnya aku pun dibebaskan ke asrama semula.
Robert dan kawan kawan nya menunggu dan menyambut aku dengan gembira. Mereka berikan aku makan dan minuman secukupnya sejurus sahaja aku masuk semula ke asrama. Robert yang paling gembira apabila melihat aku. Dia memeluk erat aku dan meminta maaf dengan apa yang telah terjadi. Aku hanya tersenyum kerana badan masih dalam keadaan lemah. Hari demi hari aku lalui seperti biasa. Mengikuti rutin latihan, bersukan setiap petang, bercerita dan berjenaka dengan robert, makan bersama, menikmati pemandangan matahari terbenam bersama setiap petang dari atas bukit asrama blok c.
Aku pernah untuk memutuskan hubungan bersama dengan robert namun sangat sukar. Pada satu hari robert memecahkan kepingan kaca tingkap ke kepalanya dan mengambil serpihan kaca tersebut dan mencalar bahagian pergelangan tangan nya bagi membuktikan yang dia benar menyayangi aku. Aku terasa sangat cemas melihat di depan mata robert jatuh selepas menyelar pergelangan tangan nya. Aku memanggil kawan nya yang lain untuk segera membantu aku mengangkat robert masuk ke dalam asrama nya. Selepas dari hari itu aku tidak berani untuk meminta putuskan hubungan malah perasaan aku mula berubah dan menyukai robert sepenuh hati.
Semua pegawai, warden, guru termasuk pengetua dan timbalan pengetua mengetahui hubungan kami berdua yang sangat rapat dan dianggap sebagai kekasih namun mereka tidak menghiraukan nya. Pernah seorang guru mengatakan kepada aku 'sayang muka dah hensem tapi jadi macam ni'. Namun jiwa muda kami tidak akan mudah ambil peduli dengan setiap kata kata sebegitu.
Sambungan episod di kisah juvana 10
No comments:
Post a Comment