Sambungan episod lepas.
Selama berada di sekolah juvana aku sangat mengikuti arahan dan mudah untuk bergaul baik dengan semua pegawai. Setiap seorang pegawai akan menjaga satu blok asrama dan mereka yang akan memerhati, menilai dan memberi kaunseling kepada setiap budak di bawah seliaan mereka. Pegawai juga yang akan berhubung dengan pihak keluarga bagi memastikan mereka mengetahui perkembangan anak masing masing.
Aku sangat rapat dengan seorang pegawai perempuan yang kami panggil kak dayang. Seorang yang sangat tegas namun baik, dihormati dan ditakuti oleh semua budak kerana kak dayang adalah seorang askar wataniah. Dia juga seorang yang berfikiran terbuka, dia mengetahui hubungan antara aku dan robert. Kak dayang juga sangat aktif dalam mengatur acara majlis yang sering diadakan dalam sekolah juvana.
Untuk pengetahuan, sekolah juvana akan membuat acara majlis pada setiap kali perayaan seperti hari raya, krismas, gawai dayak, tahun baru cina mahu pun sambutan tahun baru. Menteri kebajikan atau wakil nya akan menghadiri setiap majlis yang dianjurkan pihak sekolah. Semua budak juvana akan dijamu dengan makanan yang banyak dan istimewa. Dan setiap kali majlis, budak juvana akan dibagi tanggungjawab bagi membuat beberapa persembahan untuk menghiburkan semua. Seperti biasa, aku akan mengikuti apa saja persembahan yang akan dilakukan kerana yang banyak mengetuai majlis ialah kak dayang.
Tidak semuanya derita berada di sekolah juvana sekiranya mengikuti peraturan namun ada waktunya menjadi sukar sekiranya melanggar peraturan.
Setiap budak yang lambat turun ke padang bagi perhimpunan pasti akan ditikam ke dalam parit yang lumpuh oleh budak lain atas arahan warden. Pernah juga beberapa budak ditangkap merokok oleh warden dan mereka didenda berlari di padang perhimpunan sebanyak 100 pusingan tanpa mengenakan sebarang pakaian, lebih tepat ialah telanjang bulat. Aku sendiri juga pernah di hukum menggosok padang perhimpunan sehingga bersih kerana melakukan kesalahan tertentu. Aku dan beberapa kawan juga pernah dihukum memanjat tiang bendera di hadapan semua budak lain kerana mencuri beberapa ubi kayu di belakang sekolah. Bermacam pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan dan tidak diketahui oleh orang luar. Sekolah juvana kini lebih dikenali sebagai Sekolah Tunas Bakti di bawah kementerian kebajikan dan masyarakat.
Namun sebanyak mana pun pengalaman yang di ceritakan mungkin pembaca lebih ingin tahu adakah aku dan robert berpisah? bagaimana kah kehidupan aku setelah keluar dari sekolah juvana? adakah aku ada mengambil peperiksaan pmr dan spm? ada kah keluarga dapat menerima aku kembali? apa sebenarnya kes yang dilakukan sehingga masuk ke sekolah juvana? adakah budak yang masuk sekolah juvana di klasifikasikan sebagai penjenayah?
Sambungan episod di kisah juvana 11
Ini kisah seorang anak muda yang dimasukkan ke sekolah Juvana (Boys Home) pada sekitar tahun 2000. Menceritakan bagaimana kehidupan di sekolah tersebut, juga pengalaman yang dilaluinya. Apakah kesalahan yang dia lakukan sehingga dimasukkan ke sekolah tersebut? Apakah sekolah tersebut merubah sesuatu pada dirinya? adakah masa depan setelah ia dibebaskan? Teruskan mengikuti perkembangan cerita ini dengan klik 'Follow' pada pautan blogger atau anda boleh lah klik 'Share' di facebook.
Total Pageviews
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Sambungan episod lepas. Selepas kejadian malam tersebut, Jackson cuba menunjukkan yang dia ambil berat tentang aku. Tapi aku masih lagi ti...
-
Kisah aku bermula pada tahun 2000. Untuk pengetahuan pembaca yang aku hormati kebanyakan budak yang masuk ke sekolah juvana adalah pada peri...
-
Sambungan episod lepas Seminggu berada di dalam asrama semuanya berjalan dengan baik. Namun sesuatu terjadi, pada satu malam ketika aku le...
-
Sambungan episod lepas. Ketua blok bernama jackson membawa dan memberitahu di mana katil aku di dalam asrama tersebut. Di dalam setiap blo...
-
Sambungan episod sebelumnya Hampir dua bulan aku berada di dalam penjara bagi menanti waktu perbicaraan ada beberapa budak bawah umur juga...
No comments:
Post a Comment