Sambungan episod 10.
Setelah aku dikeluarkan dari bilik asingan tempoh hari, aku dan robert menjadi sangat rapat. ke mana sahaja pasti bersama. kali ini tiada yang berani untuk mengacau aku lagi kerana takut di pukul oleh robert. Kecuali pada waktu bidang latihan masing masing sahaja kami tidak bersama dan ketika waktu tidur malam. Pengetua, timbalan pengetua, pegawai, warden dan budak yang lain semua sangat tahu betapa intim nya kami berdua. Kadang kadang kami akan bergaduh sebab benda remeh temeh.
Aku kembali aktif dengan sukan yang aku minati iaitu bola tampar dan aku juga memasuki bidang menjahit. Banyak yang aku pelajari semasa memasuki bidang menjahit. Aku belajar bagaimana untuk menyukat dan menjahit baju melayu, seluar kerja, langsir rumah dan sebagainya. Cikgu yang mengajar kami ketika itu kami panggil sebagai kak ong, dia berbangsa cina dan seorang yang sangat baik. Selalu sahaja dia memberikan kami makanan ringan jika kami mendengar kata dan jahitan kami kemas dan siap pada masanya.
Aku mempunyai beberapa kawan yang sangat rapat ketika itu namun semuanya telah terputus hubungan sekarang dan aku tidak pasti dimana keberadaan mereka. Cuma ada seorang kawan yang masih berhubung dengan aku, namun tidak kerap berjumpa kerana sibuk dengan kerja masing masing.
Kembali kepada cerita aku dan robert, selama hampir dua bulan aku telah berada di asrama setelah terkurung selama 6 bulan di bilik asingan akibat robert memukul budak lain yang mengacau aku. Akhirnya robert dan beberapa lagi budak lain telah di sahkan akan dibebaskan pada penghujung bulan iaitu lebih kurang dalam dua minggu lagi. Pegawai mereka telah mendapatkan permohonan daripada kementerian bagi membebaskan mereka awal dari tempoh tahanan selama 3 tahun dan ibu bapa mereka juga telah menandatangani surat perlepasan awal bagi anak masing masing.
Sedikit sebanyak aku sangat terkesan bila mendengar yang robert akan dibebaskan awal namun aku tumpang gembira kerana itulah yang di inginkan oleh semua budak. Kami semua ingin dibebaskan awal dan keluar dari sekolah tersebut. Aku banyak mendiamkan diri sewaktu bersama dengan robert dan hanya mampu senyum bagi memastikan robert tidak sedih bila melihat keadaan aku. Robert sentiasa berikan aku kata semangat supaya tidak berputus asa bila dia telah dibebaskan. Dia juga menasihati, supaya jangan pernah jatuh cinta dengan orang sebarangan kerana takut orang cuma ingin mengambil kesempatan terhadap aku. Setiap waktu jam 6.30 petang aku dan robert serta beberapa kawan akan duduk di atas satu bukit tepi asrama blok b dan melihat matahari terbenam. Hati aku umpama cahaya matahari tersebut begitu indah namun sedikit demi sedikit hilang dan berganti gelap. Robert terus mengukir senyuman setiap kali memandang muka aku, betapa aku nampak keikhlasan diri nya untuk bersama selamanya namun tiada apa yang dapat menahan dunia dan masa daripada berhenti berputar.
Beberapa kali aku pernah menangis dan ditenangkan oleh robert. Setiap hari juga dia mengingatkan aku supaya terus menjaga diri sendiri dan jangan mudah percaya dengan orang lain. Terus bangkit dan jangan pernah mengalah. Ada satu ketika dia mengingatkan kawan nya yang lain supaya terus bersama dan menjaga aku sekiranya dia sudah dibebaskan. Kawan robert sangat baik dan sangat setia terhadap dia. Aku pun sudah anggap mereka ibarat adik beradik yang sentiasa menjaga masing masing tidak kira susah dan senang.
Pada suatu petang robert membawa aku duduk di hujung padang dan bercerita seperti biasa dengan wajah nya yang sentiasa senyum dan menenangkan. Dia akan pastikan aku tersenyum setiap kali dia memulakan bicara. Ketika itu dia menulis sesuatu di atas simen menggunakan batu dan memberitahu bahawa apa yang tertulis itu adalah sambungan nama nya dan nama aku, dia ingin aku simpan di hati dan ingat selamanya dan dia juga akan berbuat sama. Sehingga kini aku masih menggunakan nama sambungan tersebut pada laman sosial aku.
Pada hari terakhir robert bersama beberapa budak lain bakal dibebaskan pun menjelang tiba. Waktu mereka akan dikeluarkan pada jam 6 petang hari tersebut. Itu lah hari yang paling suram. Aku menangis dari pagi sehingga waktu petang. Kawan kawan rapat aku cuba menenangkan aku manakala robert pula tengah busy di pejabat sekolah bagi menyelesaikan beberapa borang yang perlu di isi bagi proses perlepasan. Semua pegawai, warden dan budak lain melihat aku menangis tetapi aku tidak dapat berhenti. Aku tidak tahu kenapa dengan perasaan aku yang tersangat sedih dengan perpisahan yang bakal terjadi ini. Aku tidak tahu sama ada sudah bersedia untuk hidup tanpa robert di sisiku, aku tidak tahu sama ada sudah bersedia untuk tidak lagi mendengar suara nya selepas ini, dan bermacam lagi bermain di pemikiran aku.
Tepat jam 6 petang hari itu aku melihat robert dan beberapa budak lain membawa beg masing masing untuk masuk ke dalam van bagi di hantar keperhentian bas untuk dibebaskan. Sebelum robert pergi ke van tersebut dia menuju ke arah aku yang ketika itu berdiri di bawah pokok sambil menangis melihat nya. Dia memeluk erat aku sambil berbisik jangan menangis, dia mengesat air mata aku dan berkata jangan lupa akan pesan nya supaya jangan pernah mencintai orang lain kerana orang lain belum tentu akan menyintai aku seperti mana dia menyintai aku. Robert memegang erat tangan aku dan memimpin aku sehingga ke arah van yang bakal menghantar dia keluar. Pegawai dan warden lain membiarkan sahaja kami berdua ketika itu.
Budak lain telah masuk ke dalam van dan robert memandang aku dan berkata jangan sedih dan dia akan cari jalan untuk menghubungi aku setelah berada di luar nanti. Aku mengangguk sedih dengan air mata yang terus mengalir tidak berhenti. Akhirnya robert masuk ke dalam dan pintu van pun tertutup. Robert hulurkan tangan nya keluar dari cermin van dan aku memegang erat tangan nya sambil mengikut van tu bergerak dan akhirnya tangan kami terlepas. Aku terduduk kaku, menangis di tengah jalan sambil menyaksikan van tersebut hilang dari pandangan mata aku.
Ini kisah seorang anak muda yang dimasukkan ke sekolah Juvana (Boys Home) pada sekitar tahun 2000. Menceritakan bagaimana kehidupan di sekolah tersebut, juga pengalaman yang dilaluinya. Apakah kesalahan yang dia lakukan sehingga dimasukkan ke sekolah tersebut? Apakah sekolah tersebut merubah sesuatu pada dirinya? adakah masa depan setelah ia dibebaskan? Teruskan mengikuti perkembangan cerita ini dengan klik 'Follow' pada pautan blogger atau anda boleh lah klik 'Share' di facebook.
Total Pageviews
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Sambungan episod lepas. Selepas kejadian malam tersebut, Jackson cuba menunjukkan yang dia ambil berat tentang aku. Tapi aku masih lagi ti...
-
Kisah aku bermula pada tahun 2000. Untuk pengetahuan pembaca yang aku hormati kebanyakan budak yang masuk ke sekolah juvana adalah pada peri...
-
Sambungan episod lepas Seminggu berada di dalam asrama semuanya berjalan dengan baik. Namun sesuatu terjadi, pada satu malam ketika aku le...
-
Sambungan episod lepas. Ketua blok bernama jackson membawa dan memberitahu di mana katil aku di dalam asrama tersebut. Di dalam setiap blo...
-
Sambungan episod sebelumnya Hampir dua bulan aku berada di dalam penjara bagi menanti waktu perbicaraan ada beberapa budak bawah umur juga...
No comments:
Post a Comment